VIDEO: Troli Angkut Sampah, Abang Am Bekerja Dalam Serba Kepayahan

troli angkut sampah

Abang Am bukanlah suka merungut. Tidak. Abang Am cuma ingin menyatakan bahawa Abang Am bekerja mengikut apa yang ada. Abang Am ialah seorang pemungut sampah di apartment tempat Abang Am tinggal.

Kerja Abang Am membantu penduduk yang hendak membuang sampah. Abang Am tolong angkut dan buangkan sampah mereka ke rumah sampah yang terletak di belakang apartment.

Untuk memudahkan kerja, Abang Am ubah suai troli yang ada. Kenapa serba kepayahan? Ini kerana troli ini tidak sesuai untuk digunakan bagi mengangkut sampah. Tayarnya kecil, susah untuk melalui jalan yang tidak rata.

troli angkut sampah 1
Troli yang Abang Am ubah suai untuk dijadikan troli angkut sampah.

Apabila Abang Am menolak troli di ramp pula, troli turun laju. Terkial-kial jugaklah untuk Abang Am menjaga troli itu supaya tidak terlalu laju.

Boleh tengok video di bawah ni. Ada tunjukkan macam mana Abang Am tolak troli di jalan yang tak rata.

Abang Am memerlukan bajet untuk membeli troli. Apatah lagi kalau troli yang khusus untuk Abang Am yang cacat kaki ni. Mesti lagi mahal kan?

Abang Am bukan orang berduit. Memang bajet adalah kekangan terbesar untuk mendapatkan troli baru. Abang Am dan isteri masuk kontes Projek Mimpi, dengan harapan untuk mendapatkan bajet beli troli baru tetapi tiada rezeki kami di situ.

troli angkut sampah 2
Beginilah kerja Abang Am setiap hari.

Moga Abang Am dapat realisasikan troli baru ini nanti. Doakan ya!

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *