Ikhtiar Cari Rezeki, Abang Am Open Order Roti John dan Burger di Parit Sulong, Batu Pahat

open order roti john

Kadang, Abang Am nak jugak bersuara. Sebagai OKU, memang agak susah nak dapat peluang pekerjaan. Ditambah pula kalau tak ada pendidikan tinggi. Abang Am cakap ikut pada pengalaman Abang Am sendiri la.

Abang Am bukan mintak jawatan tinggi pun. Abang Am sedar tanpa pendidikan tinggi, pekerjaan sesuai untuk Abang Am cumalah kerja-kerja kuli. Abang Am tak kisah asalkan dapat gaji dan boleh tolong bayar komitmen bulanan isteri Abang Am.

Sebelum ni, Abang Am selesa berniaga burger di jalanan. Tapi selepas tak dibenarkan berniaga di jalanan, Abang Am berniaga dari rumah. Ambil order daripada jiran-jiran di apartment.

abang am
Ketika niaga burger di apartment.

Sekarang, Abang Am dah berpindah ke kawasan kampung. Abang Am ingin bukak gerai burger kembali. Target Abang Am adalah berniaga di jalanan. Tapi sebagai orang baru di kawasan kampung ni, takkan nak main ‘langgar’ je pacak gerai di tepi jalan. Kan?

Abang Am tak kisah berniaga di mana pun. Insya-Allah Abang Am akan mula dari zero di kampung ni. Cuma sekarang, Abang Am tengah kumpul modal. Nak berniaga kena ada modal. Abang Am bukannya ada banyak RM. Kena kumpul modal dulu.

Abang Am mulakan dengan kerja kilang. Dapat kerja part time tukang cuci buah. Tapi kerja ni bermusim. Hanya ketika musim durian. Dapatlah kerja sebulan. Sejam gaji RM7.

Sekarang dah habis musim durian, Abang Am cubalah cari kerja lain. Tapi, Allahu, susah nak dapat kerja.

OPEN ORDER ROTI JOHN & BURGER

Memandangkan betapa susahnya nak dapat kerja, Abang Am ikhtiar dengan berniaga mengikut kepandaian Abang Am. Bagi penduduk di sekitar PARIT SULONG (sebuah kawasan di Batu Pahat, Johor) sesiapa yang mahukan roti john untuk makan sendiri atau majlis.

Lagipun, masak burger dan roti john ni memang kepandaian Abang Am. Abang Am dah mula niaga burger sejak usia 14 tahun. Lepas PMR, Abang Am terus niaga sendiri.

abang am burger 1
Masa kat Shah Alam dulu, paling laris Double Cheese Burger Daging.
abang am burger 3
Ini burger special daging.
roti john abang am 2
Ini roti john yang panjang.
roti john abang am 1
Ini roti john saiz mini.

Roti John Abang Am pernah masuk akhbar Sinar Harian tau dulu.

roti john abang am
Paparan bisnes roti john Abang Am dalam akhbar Sinar Harian.

Cuma, bisnes ni belum start lagi ketika entri ini ditulis. Abang Am akan start pada 1 Ogos 2022 nanti. Ada 20 hari untuk Abang Am set up gerai dan urusan lain. Doakan boleh start lebih awal. Support Abang Am ya!

So, sesiapa yang di kawasan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, nak order roti john dan burger Abang Am, bolehlah PM. Nanti Abang Am share location. Klik sini NAK ROTI JOHN BURGER.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *