Abang Am Ejen Coklat Chocodap’s Shah Alam

coklat chocodaps

Coklat adalah sejenis pemanis mulut yang ramai orang suka. Abang Am sendiri pun suka makan coklat. Seronok kan makan coklat?

Sejak isteri Abang Am hilang pekerjaan, hidup kami sekeluarga dah berubah 360 darjah. Sebagai suami yang tiada pendapatan tetap, Abang Am kena lebih gigih bantu isteri untuk menampung komitmen bulanan kami.
.
Selain niaga burger dan roti john, Abang Am ada buat servis buang sampah. Dua kerja ini boleh dianggap sebagai penyumbang utama pada pendapatan isi rumah.
.
Tapi Abang Am perlu tambah lagi pendapatan. Abang Am tengok, perniagaan jenis makanan lebih cepat membawa pulangan. Abang Am pilih menjadi ejen coklat Chocodaps.

Status Abang Am sebagai OKU tak pernah lemahkan semangat Abang Am untuk berusaha.

KENAPA COKLAT?

1) COKLAT BUAT RASA GEMBIRA
Sebagai OKU, ada kala hati kita ni mudah rasa sedih sebab kekurangan yang kita ada. Makan coklat boleh berikan sedikit kegembiraan sebab coklat ni merembeskan neurotransmitter (phenylethlyamine). Rembesan ni boleh buat kita rasa gembira.

2) COKLAT BOLEH JADI HADIAH
Abang Am bukanlah lelaki romantik. Tapi pernah jugak bagi isteri Abang Am hadiah coklat masa birthday dia. Kalau nak lagi best, letak sekali sekuntum bunga ros atas coklat tu.

3) PULANGAN LEBIH CEPAT
Abang Am dah lama berniaga burger. Memang nampak pulangan buat bisnes jenis makanan ni lebih cepat. Sebab tu pilih coklat pulak.

4) CHOCODAP’S SEDAP
Abang Am pernah makan coklat ni. Rasanya memang sedap. Suka coklat flavour Almond Milk.

5) KONGSI KEGEMBIRAAN
Abang Am nak kongsi kegembiraan dengan ramai orang coklat Chocodap’s ni. Taknaklah gembira sorang-sorang. Coklat pun taklah mahal sangat tapi rasanya sangat sedap. Harga Almond Milk tu 100 gram adalah RM10. Mampu milik kan?

APA FLAVOUR COKLAT YANG ADA?

Nak tahu flavour apa coklat yang Abang Am jual?

  1. Almond Sesame.
  2. Almond Milk
  3. Hazelnut Dark
  4. Raisin Milk
  5. Meteor Chocolite
koko2

So, kalau korang nak makan coklat, ingat Abang Am ya! Sekitar Shah Alam, Abang Am boleh delivery. Klik je nombor WhatsApp Abang Am ni. KLIK SINI UNTUK COKLAT

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *