ADA 7 KATEGORI ORANG KURANG UPAYA (OKU) IKUT JKM, KORANG OKU APA?

kategori oku

Kita selalu sebut OKU kalau nak mewakili golongan orang kurang upaya. Tapi kan, korang tahu tak kategori OKU yang ada dalam senarai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ni? Hari ni Abang Am nak cerita pasal kategori OKU ni ye.

OKU ni ada kategori tersendiri ikut pada kecacatan yang dialami. Benda ni selaras dengan JKM yang bagi definisi pada OKU itu sendiri.

DEFINISI OKU BAGI JKM

“OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.”

Kalau ikut definisi ni, Abang Am memang kena betullah dengan apa yang JKM katakan. Lepas Abang Am kemalangan jalan raya di Klang dulu, kaki Abang Am ni cacat. Memang Abang Am terpaksa terus hidup dengan masalah kaki yang tak macam dulu. Walau boleh berjalan, tapi susah nak hidup macam dulu. Alhamdulillah masih boleh berjalan.

7 KATEGORI OKU

Ikut pada laman web JKM, ada 7 kategori OKU yang boleh didaftarkan. Kategori itu adalah:

1) OKU fizikal
2) OKU penglihatan
3) OKU pendengaran
4) OKU pertuturan
5) OKU mental
6) OKU pelbagai – lebih daripada satu kategori ketidakupayaan
7) OKU pembelajaran – Global Development Delay (GDD), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), intelektual, autisme, sindrom down, specific LD

Inilah dia kategori OKU yang disenaraikan oleh JKM. Korang yang mana? Abang Am OKU kategori fizikal.

kategori oku
Sumber: Laman web rasmi JKM.

KENAL PASTI KATEGORI OKU

Korang kena tahu tau, kalau korang atau sesiapa sahaja yang korang kenal ada masalah dalam mana-mana kategori di atas, silalah berdaftar dengan JKM.

Tak perlu malu untuk akui yang kita ada masalah kecacatan. Dulu pun Abang Am rasa tak perlu daftar sebagai OKU kerana Abang Am fikir kalau daftar OKU ni kita cuma mahukan duit bantuan bulanan saja. Tapi sebenarnya bukan sebab itu.

Bila kita daftar sebagai OKU, banyak hak istimewa yang kita peroleh. Ini adalah pengiktirafan oleh kerajaan terhadap golongan kurang upaya.

Bila kita OKU, kita susah nak dapat kerja. Abang Am lalui benda ni dan memang susah nak dapat kerja. Jadi, hak istimewa OKU inilah yang jadi pengubatnya.

Jumpa lagi dalam entri seterusnya,
Abang Am

JOM BACA ENTRI INI JUGA > PEKA HAK ISTIMEWA OKU

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *