Terima Kasih Mas Zharif Zhafri dan Buletin TV9!

amran karno buletin tv9 3

Tak sangka. Kisah Abang Am menarik perhatian pihak Buletin TV9 untuk slot Potret Inspirasi. Tambah tak sangka, apabila yang hubungi Abang Am ialah anak kepada insan hebat dunia penyiaran, arwah Aziz Desa iaitu Mas Zharif Zhafri.

amran karno oku 1
Abang Am bersama anak arwah Aziz Desa, Mas Zharif Zhafri.

Setelah berbincang, janji temu kami adalah pada 1 Februari 2024 pukul 10 pagi. Tepat masa dijanji, krew Buletin TV9 iaitu Zharif Zhafri dan videografer pun sampai.

Mereka memulakan rakaman di ruangan koridor untuk merakam Abang Am membuat kerja angkut sampah. Kemudian, merakam di dalam rumah bersama isteri dan dua anak Abang Am.

Selesai rakaman indoor, kami mula ke lokasi outdoor pula untuk sesi interview. Kawasan yang dipilih adalah di hadapan lobi, ada taman kat situ.

amran karno buletin tv9 2
Sesi wawancara di hadapan lobi apartment.

Siaran kisah Abang Am di TV9 slot Potret Inspirasi Buletin TV9 adalah pada 4 Februari 2024. Buletin TV9 disiarkan pada setiap hari pukul 7 malam hingga 8 malam.

amran karno buletin tv9 1

Nak tonton video penuh rakaman kisah Abang Am buat servis angkut sampah, boleh klik di bawah, https://www.facebook.com/BuletinTV9/videos/293105643420781/

Bukan hanya video, tapi kisah ini juga dibuat dalam versi artikel. Menarik artikel yang ditulis oleh Zharif Zhafri.

amran karno buletin tv9 4
Rencana di portal Buletin TV3.

Kalau nak baca rencana yang ditulis, boleh baca di sini. https://www.buletintv3.my/nasional/daripada-sampah-kepada-nafkah-buat-keluarga/

Terima kasih kepada Buletin TV9 dan Buletin TV3 kerana sudi menyiarkan kisah Abang Am. Abang Am amat menghargainya.

amran karno buletin tv9
Abang Am dan isteri Abang Am bersama krew Buletin TV9.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *