Sambal Laki Bini, Gerenti Pikat Selera Peminat Sambal

blog cover 33

Diusahakan oleh seorang lelaki kurang upaya (OKU) cacat fizikal, Sambal Laki Bini adalah sambal jenis kering yang rangup dan menyelerakan. Abang Am dah bagi cop LULUS pada cita rasa sambal ni yang kena dengan selera Abang Am.

slb 5
Sambal Laki Bini, Makan Dengan Kasih Sayang.

Abang Am sebenarnya cerewet bab sambal. Suka makan sambal masa makan nasi. So, Abang Am tergerak nak buat sendiri sambal ni sebab nak rasa puas bila makan.

Sambal kena cukup lengkap rasanya. Ada rasa pedas, masin dan manisnya. Kalau sambal jenis kering, Abang Am suka bawangnya dan ikan bilisnya rangup.

Abang Am letak bawang putih yang dihiris lebar supaya terasa pahit-pahit sikit masa makan. Aduhai, sedap rasanya tau!

SESUAI JUGA UNTUK IBU BERPANTANG

slb 4
Ada bawang putih, sesuai untuk ibu baru lepas bersalin.

Sambal Laki Bini ada ramuan bawang putih yang dihiris lebar-lebar. Memang bagus untuk ibu-ibu baru lepas bersalin. Yang tak bersalin pun bagus jugak makan sambal ni. Selain sedap, boleh menambah selera dalam apa-apa hidangan pun.

slb 1
Macam ni la rupanya Sambal Laki Bini.
slb 2
Haaaaaa, macam ni.

KENAPA NAMA DIA SAMBAL LAKI BINI?

Nama laki bini ni Abang Am pilih sebab sambal ni Abang Am usahakan bersama isteri. Dialah yang buat bahagian marketing dan branding. Abang Am usahakan yang selain daripada itu.

slb 6
slb 3

USAHA ABANG AM

Mengeluarkan Sambal Laki Bini adalah salah satu usaha Abang Am untuk mencari rezeki. Selain suka makan sambal, Abang Am nak kongsi sambal yang sedap ni kepada semua.

Macam mana nak dapatkan Sambal Laki Bini?

Yang duduk Shah Alam, Abang Am boleh delivery.

1 botol RM28
2 botol RM50

Postage
1 botol RM8
2 botol RM10

Berat sebotol 300 gram.

Nak cuba? WhatsApp Abang Am ya (NAK ORDER SAMBAL LAKI BINI)

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *