Kelmarin ada pengumuman boleh tebus rebat tunai RM300 untuk pembelian peranti mudah alih atau smartphone. Program ini namanya Program Jaringan Prihatin dan khas untuk B40. Subsidi kerajaan ini juga termasuklah RM180 pelan data bulanan.
Abang Am pergi ke satu centre ni. Tapi tak boleh dapatkan subsidi telefon tu. Katanya kalau nak tebus rebat Jaringan Prihatin, kena amik pakej data yang disediakan. Paling murah sebulan RM38.
Setahu Abang Am, pakej macam ni memang selalu ada. Sebab isteri Abang Am pakai pelan macam ni. Dia dapat telefon free bila sign up pelan data RM98 sebulan. Jadi apa bezanya dengan pelan yang memang sedia ada dengan bantuan Jaringan Prihatin tebus rebate RM300 beli smartfon ni?
Abang Am tak nak sign up apa-apa pelan data. Abang Am cuma nak tebus rebate beli telefon RM300 tu sahaja. Sebagai B40 yang tiada pendapatan tetap, Abang Am memang tak nak tambah komitmen bulanan lagi.
BUAT SURVEY
Selepas buat survey di facebook, Abang Am buat keputusan untuk tebus rebat telefon pintar ni dengan Yes yang dibawakan oleh YTL Foundation. Sebab Abang Am tak perlu sign up apa-apa pelan, tak perlu terikat dengan kontrak dan tak perlu bayar apa-apa pun.
SUBSIDI RM300
- Dapat telefon pintar percuma.
- Dapat data percuma.
- Dapat baucar RM50 Shopee.
- Dapat Aplikasi Pendidikan.
SUBSIDI RM180
- Dapat telefon pintar percuma.
- Dapat data percuma.
- Dapat baucar RM50 Shopee.
RINGKASAN
MACAM MANA NAK DAFTAR?
Abang Am cuma perlu daftar di laman web Yes dan isi borang yang disediakan. Isikan alamat lengkap, telefon akan dihantar ke rumah. Senang, kan?
Buka website ni https://prihatin.yes.my/ kemudian masukkan nombor MyKad. Kalau korang layak, dia akan bawa ke pelan mana satu yang korang layak.
Lepas tu isi je maklumat yang dikehendaki. Lepas klik SUBMIT, akan keluar macam ni.
Terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana menyediakan bantuan subsidi rebat macam ni. Memang sebagai golongan B40 yang tak ada pendapatan tetap seperti Abang Am, amat berterima kasih dengan bantuan yang diberikan.
Abang Am tak sabar tunggu telefon sampai. Ini barulah namanya bantuan kerana tak perlu keluar duit untuk dapatkan bantuan. Banyak yang berselindung dengan memerlukan kita sign up pelan data yang ada kontrak sedangkan B40 macam Abang Am tak mampu nak bayar komitmen bulanan dalam jangka masa yang panjang. TQ Yes!
JANGAN LAMBAT! ADA TEMPOH PENDAFTARAN
Korang boleh daftar hanya dari 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2021 sahaja. So, jangan lambat ye.
Korang mesti suka entri Abang Am yang ini juga >
https://amrankarno.my/hanya-rm10-anda-dapat-nikmati-coklat-gerenti-sedap/