Buat Servis Angkut Sampah Pesakit Covid, Abang Am Anggap Kerja Sambil Beramal

servis angkut sampah

Setiap malam Abang Am akan buat servis angkut sampah penduduk apartment tempat Abang Am tinggal. Dah lebih lima tahun Abang Am buat servis ni. Unit apartment yang ambil servis ini akan bayar upah pada Abang Am. Inilah salah satu punca pendapatan Abang Am untuk beri nafkah pada isteri.

Pada ketika Pandemik Covid-19 semakin ‘meriah’ di daerah Petaling ni, apartment Abang Am tak ketinggalan juga ada yang terkena jangkitan. Yalah, virus ni memang susah kita nak elak, kan? Benda tak nampak.

Ada juga penduduk yang serba salah nak ambil servis Abang Am sebab mereka kena kuarantin disebabkan ada ahli keluarga yang kena jangkitan.

cover coklat 4
Mesej daripada unit yang ada pesakit positif Covid.

Mereka nak buang sampah sendiri tak boleh juga sebab kena kuarantin. Habis tu, takkan nak hidup bergelumang dengan sampah dalam rumah sendiri. Kan?

Abang Am anggap ini sebagai salah satu bantuan yang Abang Am boleh berikan pada mereka. Abang Am cuba mudahkan hidup mereka dengan tolong buangkan sampah. Nak tolong wang ringgit, Abang Am tak mampu. Inilah bantuan yang boleh Abang Am hulurkan pada mereka.

JAGA KESELAMATAN DIRI

Abang Am memang pakai sarung tangan masa buat kerja angkut sampah. Ini wajib. Sebab tak nak tangan dicemari kotoran termasuklah virus Covid-19 ni. Unit kediaman yang ada kes Covid, Abang Am akan angkut last sekali.

Lepas angkut, terus cuci troli. Kemudian Abang Am terus balik dan mandi bersih-bersih. Itu sahajalah yang boleh Abang Am buat. Semoga Abang Am dipermudahkan urusan oleh Allah dalam membantu pesakit Covid membuang sampah mereka.

Abang Am turut doakan kita semua dipermudahkan urusan memutuskan rantaian virus Covid-19. Doakan juga semua OKU dipercepatkan untuk mendapat suntiksan vaksin. Amin.

Anda pasti suka juga entri blog yang ini > https://amrankarno.my/hanya-rm10-anda-dapat-nikmati-coklat-gerenti-sedap/

Abang Am ada jual coklat tau!

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *