Amran Karno.

Lahir sebagai bayi pramatang, alhamdulillah Abang Am kekal sihat dan hidup sampai hari ini. Kata mak, masa lahir dulu saiz Abang Am ni kecik sungguh. Jari tu halus macam mancis. Itulah cerita arwah mak.

Abang Am anak ketujuh daripada sembilan beradik. Usia kami rapat-rapat, kelahiran Abang Am membuatkan keluarga tak mampu menanggung kos sara hidup lagi.

Akhirnya, Abang Am diberikan pada makcik Abang Am. Hiduplah Abang Am dibesarkan oleh makcik di Negeri Sembilan. Abang Am panggil makcik sebagai ibu. Walau jauh dengan adik beradik yang lain, hubungan kami tetap rapat. Sampailah usia sekolah rendah, Abang Am kembali duduk bersama mak dan ayah di Shah Alam sebab masa tu ekonomi keluarga stabil sikit dah.

“”Bergelar OKU Tak Pernah Melemahkan Semangat Aku. Aku Tukar Sampah Jadi Nafkah,​”