Buka puasa apa malam ni? Kalau korang teringin nak makan roti john untuk buka puasa, carilah di gerai Burger & Roti John Amran Karno di area Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.
Gerenti puas hati dan menepati cita rasa. Abang Am masak sendiri inti daging dan ayam tu dengan rempah kari yang membuatkan rasanya membangkitkan selera.
Ditambah pula dengan sos cili, mayones dan campuran telur yang menjadikan intinya gebu. Ditambah pula dengan sedikit sos lada hitam menjadikan keenakan berganda. Pasti sedap dimakan ketika panas ataupun dah sejuk ketika moreh usai solat tarawih.
BERAPA HARGA ROTI JOHN AMRAN KARNO?
Roti John Amran Karno gerenti berbaloi untuk dinikmati dengan harga cuma RM7 sebatang. Bukan yang pendek ya. Tapi panjang. Kalau makan untuk berbuka puasa, gerenti kenyang dan selesa perut untuk solat tarawih lepas tu.
LOKASI ROTI JOHN AMRAN KARNO DI MANA?
Roti John Amran Karno ada di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.
Secara detail, lokasinya dekat dengan Kedai Eco Parit Sulong. Berdepan dengan Wani Erat dan FG Motor Sport.
Nak senang, klik je Google Maps ni. (https://maps.app.goo.gl/ZwATbLeBbVSqFaFs7)
Bila klik keluar nama Wani Erat. Jangan panik. Wani Erat kedai yang signboard biru belakang tu. Gerai Abang Am kat depan dia.
WAKTU NIAGA ROTI JOHN AMRAN KARNO
Sepanjang bulan puasa Ramadan ni, Abang Am berniaga dari jam 3 petang sampai waktu maghrib.
Singgah ya!
MENU
So, kepada korang yang craving nak makan roti john sebagai juadah berbuka puasa, datang gerai Abang Am di lokasi yang telah dinyatakan di atas ya!