Mahasiswa UPM yang terdiri daripada golongan orang kurang upaya (OKU) semestinya bersyukur dengan berita ini.
Baru-baru ni Abang Am ada baca di internet termasuklah di facebook pasal satu berita yang sangat best untuk OKU. Berita yang Abang Am baca adalah mengenai Universiti Putra Malaysia (UPM) wujudkan kampus inklusif untuk golongan orang kurang upaya.
Bagi Abang Am, hal ni sangat bagus untuk OKU yang sambung belajar atau bekerja kat sana. Yelah, mesti sangat-sangat memudahkan rutin harian golongan OKU yang terlibat kat UPM tu kan? Bagus sesangat.
Abang Am senaraikan penambahbaikan Kampus Insklusif OKU yang diusahakan di UPM:
- Dua unit kenderaan OKU.
- Pemasangan dan latihan mesin pencetak Braille.
- Pembangunan aplikasi Buku Audio.
- Tandas OKU dan ram.
- Lif khas OKU fizikal dan penglihatan di Kolej 10 dan Fakulti Pengajian Pendidikan.
- Tempat letak kereta OKU di kampus-kampus.
- Inovasi pengajaran dan pembelajaran kepada OKU seperti kemudahan pembelajaran dan pengajaran TVET di Fakulti Pengajian Pendidikan.
Majlis perasmian Kampus Inklusif OKU ni disempurnakan oleh wakil OKU di Parlimen iaitu YB Senator Datuk Ras Adiba binti Mohd Radzi.
Di facebook OKU Sentral (Founded by Ilias Yaakop & Ras Adiba Radzi), ada posting mengenai hal ni. Antara lain, Ras Adiba menyebut, “Semoga UPM terus menjaga kebajikan dan kelangsungan pelajar OKU serta menjadi contoh kepada IPT lain. Saya juga ingin memohon agar pihak kerajaan dapat pertimbangkan sokongan dana agar penambah baik infrastruktur dan kemudahan pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di IPT dapat dilakukan.”
Abang Am bersyukur kerana golongan OKU sekarang ada suara di parlimen dengan wakil personaliti hebat seperti Ras Adiba. Semoga banyak penambahbaikan dilakukan oleh beliau. Sama-sama kita berdoa supaya hak OKU terus terbela dengan baiknya. Amin.
SUMBER: facebook OKU Sentral (Founded by Ilias Yaakop & Ras Adiba Radzi)