JOM PEKA HAK ISTIMEWA, ADA PAKEJ INTERNET UNTUK OKU

TIME OKU pakej

Hari ni Abang Am nak cerita sikit pasal pakej internet yang menggunakan hak istimewa golongan orang kelainan upaya (OKU). Korang jangan tak tau, ada pakej khas untuk orang macam kita. Walaupun tak besar sangat bezanya dengan pakej orang normal, tapi alhamdulillah ada sikit pengurangan dari segi bayaran bulanan. Nak tau apa dia tak? Kita ada pakej internet khas untuk OKU.

Pada tahun 2019, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh pada masa tu umumkan mengenai pakej internet khas untuk OKU. Tujuannya supaya lebih ramai OKU dapat melanggan internet untuk kegunaan perniagaan. Yelah, internet kan sangat penting pada hari ni.

Kat bawah ni adalah Twitter mengenai pakej internet OKU.

Pada awalnya, Abang Am pun tak ambil kisah sangat pasal pakej internet khas untuk OKU ni. Sebab Abang Am tak guna internet banyak sangat. Cukup dengan top up RM30 sebulan. Dah memadai.

ISTERI KENA BUANG KERJA & ANAK PDPR

Sejak isteri Abang Am diberhentikan kerja, dia banyak ambil upah menulis di rumah. Isteri Abang Am ni dulu dia seorang wartawan. Ramai wartawan kena buang kerja sebab pandemik. Sekarang dia ghost writer atau penulis upahan sepenuh masa. Jadi dia banyak meeting online. Internet dia pun selalu anak Abang Am guna untuk tengok Youtube.

Bila anak Abang Am start belajar online sebab PdPR, lagi banyaklah guna internet. Sampaikan habis data internet kat telefon isteri Abang Am. Jadi, Abang Am terfikir nak pasang internet kat rumah guna pakej internet OKU.

MISI MENCARI PAKEJ INTERNET OKU

Memula Abang Am tanya pada ejen yang pasang internet. Tapi daripada maklum balas yang Abang Am dapat, mereka tak begitu tahu pasal pakej internet OKU. Jadi Abang Am pergi terus ke pejabat TIME sebab Abang Am nak pasang internet TIME. Pejabat dia dekat je dengan rumah iaitu kat Glenmarie Shah Alam. Tapi cuma pak guard je yang ada sebab diorang semua work from home.

Last-last Abang Am minta isteri cari saja di internet cara nak pasang macam mana. Isteri Abang Am cari facebook page rasmi TIME dan hantar mesej di inbox facebook tu. Dari situ terus ada yang respon.

Staff yang respon memaklumkan mereka memang ada sediakan pakej internet untuk OKU. Servisnya sama sahaja. Cuma bezanya pada bil bulanan. OKU layak dapat diskaun sebanyak RM10 daripada bil bulanan.

CARA MELANGGAN PAKEJ INTERNET KHAS UNTUK OKU

Disebabkan PKP, banyak syarikat yang staff mereka work from home. Jadi ini langkah-langkah cara macam mana Abang Am buat untuk dapatkan pakej internet OKU.

1) Hantar mesej dalam inbox di facebook rasmi TIME.

Cari facebook page rasmi Time Internet. Klik sini untuk terus ke link facebook TIME INTERNET . Abang Am sertakan mesej yang isteri send dalam inbox tu. Sekejap je diorang respon inbox. Senang sangat.

PAKEJ INTERNET UNTUK OKU
Mesej kat inbox fb.
PAKEJ INTERNET UNTUK OKU
Staff yang respon kat inbox mengesahkan ada diskaun untuk OKU.

2) Respon e-mel

Selepas itu, mereka akan hantar link melalui e-mel. Dari situ korang kena respon dan lengkapkan segala butiran yang diperlukan. Mereka nak kad pengenalan dan kad OKU. Snap je gambar kad pengenalan dan kad OKU tu depan dan belakang. Isteri Abang Am edit dekat aplikasi Canva dan palangkan atas imej tu dengan ayat –Untuk Kegunaan Time Internet Sahaja

PAKEJ INTERNET UNTUK OKU
Ini langkah untuk isi permohonan nak pasang internet Time Fibre.

3) Pilih tarikh dan masa pemasangan internet

Selepas segala dokumen selesai disahkan oleh pihak Time Internet, mereka akan bagi satu link untuk kita pilih tarikh yang kita nak mereka datang pasang internet. Masa nak pilih ni, kalau boleh nak pasang cepat. Tapi tarikh yang available cuma seminggu selepas tu. Lepas dah pilih tarikh dan masa, secepatnya akan ada e-mel pengesahan daripada TIME.

PAKEJ INTERNET UNTUK OKU
Ini tarikh pemasangan dan masa yang Abang Am pilih.

Lepas kita pilih tarikh dan masa, akan ada e-mel pengesahan daripada pihak TIME. Siap disertakan peringatan supaya kita sediakan 2 power socket untuk digunakan. So korang siap sediakanlah tempatnya supaya memudahkan kerja-kerja pemasangan.

Storytelling 36
Ini e-mel pengesahan. Boleh tukar tarikh dan masa kalau kita perlukan.

4) Pengesahan daripada staff pemasangan internet

Sehari sebelum pemasangan, akan ada staff pemasangan TIME telefon untuk mengesahkan kehadiran mereka. So, tunggulah keesokannya mereka datang.

Alhamdulillah Abang Am dah selamat pasang internet menggunakan Pakej TIME Fibre 100Mbps Home Broadband (Unlimited) + Voice Basic (NEW) di bawah pakej OKU untuk menikmati diskaun RM10 sebulan daripada bil bulanan. Walaupun mungkin RM10 tu tak besar nilainya, tapi amat bermakna sebagai penghargaan kepada golongan OKU.

PAKEJ INTERNET UNTUK OKU
Abang Am dah HELLO kat TIME dah. Korang dah jugak?

Kepada OKU, silalah gunakan hak istimewa ni kerana ini hak kita. Moga bermanfaat!

Abang Am, Inspirasi OKU.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *