Abang Am adalah salah seorang golongan orang kurang upaya (OKU) dan mempunyai lesen memandu. Abang Am ada lesen motor dan jugak lesen kereta. OKU pun perlukan lesen sebab nak ke sana, ke sini susah kalau tak boleh memandu, kan?
Baru-baru ini, Abang Am dapat tahu bahawa plat kenderaan khas untuk OKU akan menggantikan penggunakan pelekat (stiker) kenderaan yang diguna sekarang. Maknanya nanti dah takde guna stiker tampal kat cermin kereta la. Sebab kenderaan OKU dapat dikenal pasti dengan nombor plat saja.
Sebenarnya hal ini baru dalam peringkat cadangan. Tapi cadangan itu dah dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) Bilangan 1 Tahun 2020. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun yang mempengerusikan mesyuarat itu.
SIAPA YANG LAYAK?
Bukan semua OKU layak mendapat hak plat kenderaan OKU itu tau. Yang layak ialah:
1) OKU kategori fizikal.
2) Subkategori OKU pembelajaran (kurang daya tumpuan dan hiperaktif akut).
3) Autism akut.
4) OKU kategori pelbagai.
5) Waris OKU (satu waris) yang berdaftar dengan JKM.
So, macam mana OKU nak dapatkan plat kenderaan OKU ni, sama-samalah kita tunggu pengumuman nanti ya. Sebab cadangan ini pun baru dipersetujui. Belum lagi dibuat tindakan susulan.
Apa kata anda semua? OK tak stiker kenderaan OKU yang kita guna sekarang ni akan digantikan dengan plat kenderaan OKU?
Kalau Abang Am, Abang Am setuju sesangat dengan cadangan ni. Lagi cepat, lagi bagus sebab nombor plat memang sah-sah dikeluarkan oleh pihak berwajib. Tiada lagi penyalahgunaan stiker kereta yang boleh dibeli di mana-mana sahaja. Kan?
SUMBER: Berita Harian
Anda mungkin suka entri di bawah:
2 comments
Abang oku bukan nak perhatian
Ia hanya nak maklum kpd khalayak yg pemandu in adalah special
Bila rakyat normal lihat beri sedikit penhormatan dah cukup bersyukur.
Saya oku pekak hanya lasen memandu kerata ada .
Saya lwkat sticker dan pamerkan kad oku kat des board kereta bila parking kereta .
Kalau nak implikasi biar semua yg oku di Malaysia di ber jgn sesiapa pandai nak maklum golongan tertentu oku berhak.
Tiada siapa pun nak memvela anak oku krn kekurangan.
Semua nak normal .
Harap maklum
Yg induvidu oku biar mrk yg tentukan sama ada nak mengambil lesen memandu kereta atau motorsikal.
Terimakasih
Terima kasih atas pandangan. Moga OKU seperti kita terus dibela hak yang kita perlu.