Kenapa Perlu Malu Jadi OKU?

OKU jangan malu

OKU. Apa tu OKU? Inilah singkatan untuk orang kurang upaya. Walaupun ada pihak yang memurnikan ayat tu jadi orang kelainan upaya, tapi ianya tetap bermaksud cacat.

Hari ni Abang Am nak sembang sikit pasal perasaan seorang orang kurang upaya (OKU). Sebagai OKU, Abang Am akui memang wujud sedikit sebanyak rasa malu apabila diri ni cacat. Macam Abang Am, cacat fizikal iaitu kaki kanan. Kecacatan ni membuatkan kaki Abang Am bukan saja jadi tak kuat tapi keadaan kaki juga tak cantik. Malu jadinya kalau ada yang ternampak kaki Abang Am ni.

Storytelling 50
Macam ni la keadaan kaki Abang Am.

Apabila kita ada kad OKU sah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini secara tak langsung mengiktiraf diri kita sebagai cacat. Masa memula Abang Am pegang kad tu, memang Abang Am terfikir sendiri, “Ya Allah, aku ni cacat.”

Yalah, nak dapat kad tu kena buat pemeriksaan kesihatan di hospital. Full check up. Doktor akan tengok keupayaan anggota yang cacat tu. Abang Am diminta membuat beberapa pergerakan kaki. Orang normal boleh buat, tapi Abang Am tak mampu nak buat. Sebab tu keadaan solat Abang Am pun tak sempurna. Kaki tak boleh bengkok ketika nak duduk tahiyat awal dan akhir.

KITA MANUSIA ISTIMEWA

Bagi Abang Am, apabila kita cacat, tak usahlah kita rasa malu. Sebab, bila kita malu, secara tak langsung kita akan ada rasa rendah diri. Bila kita rasa rendah diri, kita akan menjatuhkan kemampuan sebenar diri kita.

Perasaan malu tu buarlah berpada-pada. Jangan malu sehingga kita rasa kita tak mampu melakukan sesuatu yang di luar kemampuan diri kita.

Abang Am ambil contoh Azmi Saad, penyanyi Kumpulan Caliph Busker. Dia ni seorang OKU penglihatan. Tapi dia tak malu pun nak menyanyi di jalanan. Akhirnya, sekarang ni, Azmi antara penyanyi tersohor dengan vokal yang power. Sampaikan dia berpeluang menyanyi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) iaitu satu pentas nyanyian tempatan yang besar.

Jadi, jangan rasa malu, jangan rendah diri dan jangan limitkan kemampuan kita. Anggap kita ni manusia yang istimewa dengan sedikit ujian yang Allah bagi mengehadkan kemampuan kita tapi kita tetap boleh buat ikut kadar keupayaan kita.

OKU FIZIKAL TAPI TETAP GUNA KUDRAT

Abang Am cacat kaki tapi Abang Am tolak rasa malu dengan membuat kerja angkat sampah. Abang Am ambil upah angkat sampah penduduk di unit mereka dan buangkan di rumah sampah. Tiap malam Abang Am buat kerja tu.

Tak pernah Abang Am mengeluh sakit kaki walaupun memang terasa sakit jugak bila tiap hari buat kerja menggunakan kudrat. Kesukaran mendapatkan kerja dengan tahap pendidikan yang Abang Am ada dan jugak keadaan Abang Am yang OKU ni, membuatkan Abang Am tak kisah apa kerja sekali pun, asalkan halal.

So korang, jangan malu dengan keadaan kita yang OKU ni. Anggap diri kita istimewa dan kita juga boleh berusaha untuk dapat duit dengan cara kita sendiri. Bukan bergantung pada bantuan semata-mata. OK?

JOM BACA ENTRI NI JUGA

7 KATEGORI ORANG KURANG UPAYA

You may also like

1 comment

  1. Salam saya pemegang kad oku tapi duit elaun bulanan xdpat disebabkan tempat tinggal x ada keluarga pn tak ada..harap2 pihak be wajib dapat membantu saya.. 01115489311

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *