Isteri Nak Sambung Belajar, Ini Respon Abang Am

sambung belajar

Baru-baru ni, isteri bagitahu Abang Am pasal keinginan dia nak sambung belajar. Isteri Abang Am ada ijazah sarjana muda. Dia kata dia nak sambung master.

Abang Am belajar tak tinggi. Cuma setakat PMR sahaja. SPM pun Abang Am tak ada. Tapi Abang Am faham sangat keinginan isteri bila dia kata nak sambung belajar.

Isteri Abang Am dulu kerja wartawan. Tapi disebabkan pandemik Covid-19 ni, dia jadi salah seorang daripada berpuluh-puluh kakitangan yang terpaksa diberhentikan kerja.

Sebagai suami, Abang Am sokong segala keinginan isteri selagi keinginan tu tak melampaui batas. Lagipun menuntut ilmu kan satu perkara yang bagus. Sudah semestinya Abang Am sokong.

Abang Am faham, impian isteri Abang Am sebenarnya sangat tinggi dalam bidang yang dia minat iaitu bahasa dan penulisan. Sebab itulah, daripada kerjaya seorang wartawan, dia sekarang jadi penulis upahan. Itu memang minat dan bakat dia.

sambung belajar
Abang Am akan sokong isteri sehingga dia capai cita-cita dia.

RESPON BILA ISTERI NAK SAMBUNG BELAJAR

Seorang isteri, apa saja yang dia buat perlu ada restu daripada suami. Abang Am dengan rela hati seikhlasnya merestui apa yang isteri Abang Am nak buat. Asalkan dia bijak membahagikan masa antara belajar dan juga urusan keluarga.

Dari side Abang Am sendiri, Abang Am akan sentiasa membantu. Selagi terdaya, Abang Am akan bantu memudahkan urusan pengajian isteri nanti. Selama ini pun, memang Abang Am banyak membantu dari soal uruskan anak-anak ketika dia masih bekerja sebagai wartawan dulu.

Bila Abang Am kata Abang Am restu dan reda dengan keinginan isteri, dia nampak gembira sesangat. Bagi Abang Am, kegembiraan itu sudah cukup membahagiakan.

MOGA JADI INSPIRASI PADA ANAK-ANAK

Semoga apa yang isteri Abang Am am buat ini akan jadi inspirasi pada anak-anak Abang Am. Biarlah anak Abang Am nanti pun turut belajar setinggi yang termampu. Menuntut ilmu memang satu benda yang bagus. Abang Am dah tercicir dalam pendidikan akademik. Jadi, biarlah anak-anak ikut jejak langkah mama mereka.

Doa Abang Am akan sentiasa mengiringi perjuangan isteri. Abang Am faham, belajar di universiti pada peringkat master bukannya mudah lagi-lagi dengan status dia sebagai isteri dan ibu pada dua orang anak kecil.

Abang Am doakan isteri Abang Am akan terus berjaya dalam mengejar cita-cita dia. Insya-Allah. Amin.

Jom baca entri di bawah ni juga. KLIK SINI

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *