Permohonan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) GAGAL, Apa Perlu Buat?

blog cover 8

Pada 10 Mei 2023, Abang Am pergi ke JKM Shah Alam di IDCC Shah Alam untuk mohon Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU). Elaun ini adalah untuk mana-mana pemegang kad OKU JKM yang bekerja bagi menerima elaun sebagai OKU bekerja. Elaun yang diperuntukkan adalah sebanyak RM450 sebulan.

blog insert 16
Slip Akuan Terima Permohonan 10 Mei 2023.

Syarat untuk menerima elaun ini adalah pendapatan Abang Am tidak boleh lebih RM1,500 sebulan. Dengan kerja ambil upah buang sampah penduduk apartment, pendapatan Abang Am tidak tetap. Ada kalanya boleh dapat RM50 satu malam. Ada kala tak ada booking langsung terutama hari cuti. Masing-masing buang sampah sendiri.

Boleh kata purata upah Abang Am dapat sebulan adalah RM700. Hujung minggu iaitu Sabtu Ahad, Abang Am ambil upah cucuk sate dengan pendapatan antara RM35 hingga RM50 sehari. Upah ikut bilangan cucuk yang Abang Am terdaya nak buat. Purata pendapatan dua hari kerja RM70. Jadi total tak sampai pun RM1,500 sebulan. Pendapatan tak tetap!

blog insert 17
Alasan permohonan EPOKU gagal.

Itu yang Abang Am pelik kenapa permohonan EPOKU Abang Am gagal. Alasan diberi adalah PENDAPATAN KELUARGA TUAN TELAH MELEBIHI HAD KELAYAKAN MENERIMA BANTUAN DARIPADA JABATAN INI.

Surat bertarikh 24 Mei 2023, menyatakan permohonan yang Abang Am buat GAGAL disebabkan alasan tersebut di atas.

Maksudnya adakah JKM mengambil kira pendapatan isteri Abang Am? Kenapa EPOKU mengambil kira pendapatan pasangan?

Isteri Abang Am baru sahaja bekerja semula. Dia kehilangan pendapatan sejak Januari 2021. Dah dua tahun dia hilang pekerjaan dan kehidupan kami ibarat kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang. Walaupun kami berdua tiada pekerjaan tetap sejak isteri hilang pekerjaan, kami tetap usaha untuk bayar komitmen loan kereta dan rumah. Seksa sangat kehidupan selama dua tahun isteri hilang pekerjaan.

Sejak Februari 2023, isteri bekerja semula dan kami dalam fasa untuk membayar hutang yang dibuat sejak isteri hilang pekerjaan. Sebab itulah Abang Am mohon EPOKU ni untuk bantu isteri dari segi kos sara hidup di Shah Alam ni. Lagipun bukankah ini hak Abang Am sebagai OKU.

servis angkut sampah
Abang Am buat servis sampah. Pendapatan bukan tetap pun.
blog insert 19
Cucuk sate setiap Sabtu dan Ahad saja. Pendapatan purata RM35 sehari.

Jadi, persoalannya, kenapa permohonan EPOKU ni gagal sedangkan pendapatan Abang Am tidak sampai RM1,500 pun? Adakah JKM mengambil kira pendapatan isteri sekali? Jika YA, kenapa tidak diambil kira komitmen bulanan kami yang tinggi?

blog insert 20
Ini kelayakan untuk mohon EPOKU. Abang Am layak dalam semua syarat. Jadi, kenapa permohonan Abang Am gagal?

Kesimpulannya, Abang Am mohon JKM pertimbangkan semula kelayakan untuk Abang Am menerima EPOKU ini. Abang Am bukan jenis individu cacat yang meminta-minta. Namun Abang Am perlukan elaun ini untuk menambah baik membantu isteri dalam kos sara hidup rumahtangga.

Abang Am tidak nampak di mana faktor yang menyebabkan Abang Am tak layak menerima EPOKU ni. Ini hak Abang Am sebagai OKU dan sepatutnya permohonan Abang Am diluluskan kerana Abang Am layak. Segala bukti pendapatan telah Abang Am berikan kepada pihak JKM termasuk transaksi pembayaran upah servis angkut sampah.

Abang Am nak tahu kenapa permohonan EPOKU yang Abang Am buat ni gagal!

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *