Garden icon01

Tentang Mr Mama

"Bergelar OKU tak pernah melemahkan semangat aku. Aku tukar sampah jadi nafkah."
-Abang Am-

tentang Amran karno
Mr. Mama

Amran Karno.

Lahir sebagai bayi pramatang, alhamdulillah Abang Am kekal sihat dan hidup sampai hari ini. Kata mak, masa lahir dulu saiz Abang Am ni kecik sungguh. Jari tu halus macam mancis. Itulah cerita arwah mak.

Abang Am anak ketujuh daripada sembilan beradik. Usia kami rapat-rapat, kelahiran Abang Am membuatkan keluarga tak mampu menanggung kos sara hidup lagi.

Akhirnya, Abang Am diberikan pada makcik Abang Am. Hiduplah Abang Am dibesarkan oleh makcik di Negeri Sembilan. Abang Am panggil makcik sebagai ibu. Walau jauh dengan adik beradik yang lain, hubungan kami tetap rapat. Sampailah usia sekolah rendah, Abang Am kembali duduk bersama mak dan ayah di Shah Alam sebab masa tu ekonomi keluarga stabil sikit dah.

“”Bergelar OKU Tak Pernah Melemahkan Semangat Aku. Aku Tukar Sampah Jadi Nafkah.”

Siapa Mr. Mama?

Siapa Mr. Mama?

Abang Am sekolah tak tinggi. Hanya setakat PMR. Lepas tu Abang Am ikut jiran niaga burger. Sampailah semakin dewasa, Abang Am lebih selesa kerja sebagai runner. Abang Am jadi runner sebuah syarikat makanan segera.

Nak dijadikan cerita, masa kerja sebagai runner ni la Abang Am jadi cacat. Masa tu 1 Syawal tahun 2000. Orang lain beraya tapi Abang Am kerja hantar makanan. Dapat satu order di kawasan Klang. Abang Am dilanggar kereta yang dipandu oleh pemandu mabuk. Kaki patah dan terus jadi cacat. Berayalah Abang Am kat hospital time tu.

Amran karno2
mr mama kahwin1
mr-mama-kahwin
Siapa Mr Mama?

TAK MOHON KAD OKU

Abang Am tak mohon kad OKU JKM lepas keluar dari hospital. Tak tahulah. Abang Am rasa tak perlu. Sebab masa tu Abang Am rasa masih mampu bekerja. Abang Am kerja niaga burger di tepi jalan. Sebab itulah Abang Am rasa tak perlu untuk mohon kad OKU. Masa tu rasa ego pun ada. Yalah, terasa malu dengan title kurang upaya.

Sampailah Abang Am kahwin pada 2014. Isteri Abang Am yang sarankan Abang Am untuk mohon kad OKU. Rupa-rupanya, banyak manfaat apabila kita ada kad OKU ni. Bukan untuk duit bulanan semata-mata tapi lebih pada pelbagai kemudahan lain. Terima kasih untuk isteri Abang Am yang banyak bagi semangat pada Abang Am.

Yalah, dengan kapasiti keupayaan kita yang terbatas, manfaat ini sekurang-kurangnya boleh buat kita lebih mudah untuk uruskan kehidupan seharian. Bagi Abang Am, selagi kita boleh bekerja, kita bekerja. Bantuan daripada pelbagai pihak untuk golongan OKU adalah sebagai penaik semangat untuk kita.

Siapa Mr. Mama?

OKU KENA ADA JATI DIRI

Sebagai OKU, Abang Am tak jadikan status ini sebagai cara untuk meraih simpati. Abang Am masih tetap letak kereta di parkir orang biasa. Melainkan kalau perlu misalnya bawak anak, time hujan, barulah Abang Am gunakan keistimewaan OKU untuk parkir di tempat letak kereta OKU.

Masa isteri Abang Am bekerja, Abang Am jaga anak. Sejak usia anak berumur 60 hari, Abang Am yang jaga sendiri kat rumah. Anak kami tak pernah kami hantar ke pengasuh. Sebab tu isteri Abang Am kadang panggil Abang Am ni Mr Mama.

mr mama memasak
amran-karno-family
Kenapa Mr. Mama berblog?

Inspirasi dan Panduan

Jadi, tujuan Abang Am buat blog ini adalah untuk bagi inspirasi pada seluruh golongan OKU. Selagi ada kudrat, bekerjalah walau pendapatannya sedikit. Biar sikit tapi ada keberkatan. Usaha untuk perbaiki diri kita demi orang tersayang. Dalam masa sama, kita kena tahu hak kita sebagai OKU. Jangan jadi macam Abang Am. OKU tapi tak guna keistimewaan OKU.

Akhir kata, ketahui hak kita dan usahalah sebaik mungkin untuk diri sendiri dan orang tersayang.

amran-karno-jati-diri

MENUNAIKAN UMRAH

amran-dan-kerja

KERJA ABANG AM

amran-karno-suka-masak

SUKA MASAK

Naib juara karaoke

NAIB JUARA KARAOKE